Keahlian

Halaman Utama > Keahlian

SYARAT SYARAT KEAHLIAN

Keahlian ICMA adalah melalui proses seperti rajah di bawah. Ahli perlu mencukupi syarat-syarat yang ditetapkan untuk lulus dalam penerimaan keahlian. Proses pertama ialah melalui ahli graduan. Ahli graduan boleh memohon untuk mendapatkan keahlian Associate ICMA dan kemudian keahlian Fellow ICMA mengikut syarat2 yang ditetapkan. Hanya keahlian Associate dan Fellow sahaja boleh memohon untuk mendapatkan sijil amal dituruti dengan syarat yang sedia ada.

Sila lihat syarat-syarat terperinci bagi setiap peringkat keahlian yang layak untuk membuat permohonan:

Permohonan Ahli Graduan

Langkah terawal bagi ahli-ahli yang mendaftar ke syarikat ICMA.

  • Telah menjadi pelajar berdaftar ICMA
  • Lulus periksaan profesional yang dikendalikan oleh ICMA
  • Kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada keputusan ahli majlis ICMA
  • Diploma Profesional Pengauditan Koperasi MKM-ICMA

Permohonan Ahli Associates

Peringkat kedua bagi ahli ICMA yang lebih berpengalaman. Peringkat ini jika dapat, memboleh kan ahli untuk memohon Sijil Amal.

  • Telah menjadi ahli Graduan tidak kurang dari 3 tahun dan telah menjalani latihan amali seperti yang termaktub dalam undang-undang kecil ICMA, atau
  • Telah menjadi ahli Graduan tidak kurang dari 3 tahun dan dikecualikan menjalani latihan amali seperti yang termaktub dalam undang-undang kecil ICMA sekiranya mempunyai pengalaman sebagai akauntan awam, atau
  • Mempunyai Ijazah/Diploma perakaunan dan bersamaan dengan kelayakan yang diiktiraf oleh JPA/MQA atau Antarabangsa dan mempunyai pengalaman berkaitan perakaunan dan/atau pengauditan mengikut semua syarat yang termaktub dalam Artikel dan Undang-undang Kecil ICMA, atau
  • Pegawai dari Jabatan Kerajaan dan Agensi seperti Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Jabatan Audit Negara, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Lembaga pertubuhan Peladang, dan semua agensi dibawah tadbiran mereka dan menjalankan tugas di bahagian perakaunan, kewangan dan/atau juruaudit atau pensyarah, jika tidak menepati kelayakan tetapi mempunyai pengalaman tidak kurang dari 15 tahun dan 5 tahun diperingkat penyeliaan dan/atau peringkat perngurusan yang mempunyai kelayakan dari Institusi Pengajian Tinggi, dan
  • Kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada keputusan Ahli Majlis ICMA.

Permohonan Ahli Fellow

Peringkat Keahlian terakhir bagi ahli-ahli ICMA yang lebih berpengalaman. Peringkat ini juga boleh untuk memohon sijil amal.

  • Telah mendapat keahlian Associate ICMA minimum 5 tahun, dan
  • Kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada keputusan Ahli Majlis ICMA.

Permohonan Sijil Amal

Hanya Ahli Associate & Ahli Fellow sahaja yang layak untuk membuat permohonan Sijil Amal. Ahli yang layak memohon boleh muat turun borang Sijil Amal yang disediakan.

  • Mempunyai keahlian Associate atau Fellow ICMA, dan
  • Mempunyai pengalaman lebih 5 tahun mengaudit dan sekurang-kurangnya 2 tahun diperingkat pengawasan oleh Ahli Majlis ICMA, dan
  • Mempunyai pengalaman mengaudit koperasi dan mengaudit akaun koperasi tersebut sekurang-kurangnya 10 buah koperasi (10 co-operative years) kecuali koperasi sekolah, dan
  • Menghadiri temuduga (jika perlu) dengan mengemukakan bukti-bukti pengauditan, dan
  • Kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada keputusan Ahli Majlis ICMA.

Borang

1
Permohonan Keahlian

Muat turun borang ini untuk membuat permohonan keahlian ICMA

2
Maklumat Kelayakan

Muat turun borang ini untuk lihat maklumat kelayakan bagi permohonan Sijil Amal

3
Permohonan Sijil Amal

Muat turun borang ini untuk membuat permohonan SIjil Amal. Sila semak dahulu jika ahli layak untuk permohonan sebelum memuat turun borang.